Tuesday, April 29, 2008

Friday, April 25, 2008

lucah

laman anti lucah melayu
laman ini diwujudkan oleh sebahagian komuniti kecil yang mengambil berat akan kebanjiran laman lucah di malaysia. Kami ingin mengumpulkan pertubuhan/ngo/perseorangan untuk membanteras laman lucah dengan mewujudkan petisyen antilucah dan akan dihantar ke :
1. NISER @ CyberSecurity - National ICT Security and Emergency Response Centre Malaysia.
2. Kementerian Sains Dan Teknologi Malaysia.
3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
4. Wakil media massa, tv3.
5. (waiting list...)

Cara laman lucah dibanteras
kuasa?
mereka yang ada pengaruh, kuasa, memainkan peranan penting dalam usaha ini. Jika dilihat pada pengharaman beberapa website ponzi online dalam dua tahun lepas, malaysia sebenarnya mampu mengawal kemasukan website lucah dengan berkesan. Sehingga text ini ditaip, tiada satupun laman lucah dibanned di malaysia berlainan dengan laman ponzi scheme.


Kenapa laman lucah tu perlu dibanteras

Amat mudah untuk mem'blok' laman lucah dimalaysia berbanding mengintip,menyerbu tokey vcd lucah.
Jika seseorang dimalaysia boleh ditangkap kerana menyimpan bahan-bahan lucah, mengapa tidak mereka yang mengawal, mentadbir, moderate laman lucah melayu, lebih-lebih lagi laman lucah itu milik orang tempatan?
Tiada dalam mana-mana agama samada islam, kristian , buddha, hindu yang membenarkan pengikutnya terlibat dengan gejala ini. Jika ada, senaraikan beserta agama yg anda anuti.

Myth tentang Lucah
lucah itu normal lebih-lebih lagi semasa hendak berkahwin
rujuk soalan dibawah..

SOALAN:
Assalamu’alaikum ustaz. Saya nak bertanya mengenai mengajak isteri menonton filem lucah untuk tujuan mempelajari tentang cara-cara melakukan seks. Ini kerana isteri saya tidak begitu pandai
melakukan seks dan untuk merangsangkan nafsunya dulu sebelum hubungan kelamin. Apa pendapat ustaz?

JAWAPAN:

Wa’alaikumussalam,
Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana:
Pertama: Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi s.a.w. bersabda:

Ertinya: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua: Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda s.a.w.. (Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.

Ketiga: Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat: Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith:
إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين Ertinya: “Apa seorang kamu ‘bersama’ isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)” ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

Kelima: Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam: Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.

Nabi s.a.w. bersabda:
لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها Ertinya: janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya (Riwayat Al-Bukhari)

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

Sumber: Ust Zaharuddin


Tmnet




Tmnet
sumber dari laman affanz
Nota : iklan ini dari TMnet malaysia pada tahun 2006, tetapi xblocker seperti tidak diwarwarkan lagi seperti dahulu. adakah projek ini sudah mati?